Last Updated: 30/05/2020 - 2:23 AM

Peluang Berlakon Filem Spielberg!

Jika anda diberi peluang berlakon bersama pengarah tersohor Hollywood, Steven Spielberg, apakah ia menjadi peluang keemasan seumur hidup?

Berita baik buat pelakon Malaysia mahupun sesiapa saja yang mahu mencipta nama dalam filem Hollywood, Spielberg mengadakan uji bakat mencari pelakon Asia untuk membintangi filem terbaru arahannya, Ready Player One.

Filem terbitan Warner Bros adaptasi buku Ernest Cline mengisahkan seorang kanak-kanak menyertai pertandingan mencari harta karun secara virtual reality berlatarbelakang zaman 1980-an.

Tiga pelakon yang dicari adalah Wade Watts iaitu kanak-kanak lelaki yang menjadi hero filem ini berusia lingkungan usia 18 sehingga 19 tahun.

Dua watak pelakon pembantu pula, Shoto, budak lelaki Cina berusia 10 sehingga 13 tahun, fasih berbahasa Mandarin dan Inggeris.

Satu lagi watak, Daito, lelaki Jepun berusia 20 tahun fasih berbahasa Jepun dan Inggeris.

Bagi watak berusia 18 tahun ke bawah, permohonan perlu dibuat oleh ibu bapa atau penjaga.

Cara ujibakat, ikut langkah dengan memuat turun panduan mengikut watak iaitu Wade Watts, Shoto atau Daito, rakam aksi uji bakat menerusi telefon pintar, komputer atau kamera video serta klik pilihan ‘I’m New To Cast It Talent’ atau ‘I’m A Cast It Talent Member’.

Tarikh tutup ujibakat adalah 9 Februari dan maklumat lanjut boleh layari readyplayeronemoviecasting.com.

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino