Last Updated: 27/05/2020 - 1:51 AM

Kejayaan Global Faizal Tahir

Kejayaan Akim & The Majistret sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) TV3 bukan saja membuktikan aura bekas peserta program Akademi Fantasia (Astro) memang hebat tetapi lebih penting lagu Potret dinilai layak muncul juara daripada penilaian juri profesional diketuai Azmeer Abu Bakar.

Di sebalik kemenangan band itu turut meraih anugerah Persembahan Terbaik, apa yang menarik dikongsi bersama penonton dan penyokong setia AJL sejak 3 dekad adalah erti kemenangan lagu Assalamualaikum nyanyian Faizal Tahir menang naib juara.

Nyata, persembahan Faizal pada malam tadi cukup menyentuh jiwa ramai penonton apatah lagi dipertontonkan visual kesengsaraan masyarakat Syria yang kini masih diancam keselamatan.

Kejayaan Faizal itu dikongsi pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Aqsa Syarif dan Ikram for Syria menerusi Facebook yang melihat perjuangan misi kemanusiaan dalam lagu itu cukup menyentuh hati ramai.

image image

Tahniah juga buat Caliph Buskers bersama lagu mereka, Hanya Namamu di tempat ketiga manakala Dayang Nurfaizah menang Vokal Terbaik menerusi lagu Tak Pernah Menyerah.

Selama 3 dekad AJL menghiburkan ramai penonton dan peminat, lagu bersifat misi kemanusiaan global seperti Assalamualaikum tidak seharusnya disisihkan.

Apa yang diharapkan lebih banyak lagu yang membawa mesej keamanan sejagat dihasilkan sebagai perjuangan.

Syabas buat Faizal dan semua pemenang serta TV3.

– Editor-in-chief (Kafebuzz.my)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino