Apa Nasib Graduan Filem?

Usaha Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) membangunkan sekolah filem dengan dana kerajaan sebanyak RM3.5 juta di Slim River, Perak memberi gambaran industri filem tempatan masih penting dalam melahirkan ramai pelapis baru sebagai penggiat seni.

Namun, pelbagai persoalan juga dilontarkan ramai seperti lokasi yang jauh dari Kuala Lumpur yang lazim menjadi tumpuan utama aktiviti perfileman.

Suatu ketika dulu, Akademi Seni Filem Malaysia pernah diwujudkan pada tahun 1989 tetapi kemudian ditutup.

Begitu juga, Akademi Seni Kebangsaan (ASK) ditubuhkan pada 1994 ditukar nama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 2006.

Ketika ini, kita juga berbangga dengan kewujudan Akademi Filem Ahmad Idham (AiFA) yang berperanan melatih mereka yang bakal menjadi pekerja industri perfileman.

Meskipun kewujudan sekolah filem baru ini akan membantu dari aspek memberi latihan dan pensijilan pada pelajar, apa yang menjadi persoalan apakah graduan ini mendapat pekerjaan dalam industri perfileman sendiri.

Seorang karyawan seni juga memberitahu Kafebuzz, graduan ASWARA juga berdepan kesulitan dalam mendapatkan pekerjaan melainkan bekerja sendiri.

“Kita harus promosikan seni kita sendiri seperti muzik tradisional sehingga ke luar negara berbanding cuba bersaing muzik jazz dan pop yang sudah lazim popular di peringkat antarabangsa,” katanya.

Apa yang diharapkan, hala tuju institusi pengajian sebegini terus fokus pada perjuangan mereka khusus dalam mengangkat karya seni tempatan.

Berikut beberapa pandangan penggiat seni lain berhubung isu ini yang dikongsi bersama pengguna media sosial.

image

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*