17/01/2021

Saksikan Calon Oscars Malam Ini

1 min read

Acara Anugerah Academy kembali lagi untuk penganjuran ke-88 apabila nama calon yang bertanding kali ini akan diumumkan hari ini.

Menariknya, penonton di negara ini berpeluang menyaksikan acara pengumuman ini yang dibawakan secara langsung oleh HBO Asia.

Selebriti, Guillermo del Toro, John Krasinski dan Ang Lee bersama Presiden Academy, Cheryl Boone Isaacs akan mengumumkan calon untuk kesemua 24 kategori Oscars dalam satu sidang akhbar khas secara langsung di Beverly Hills di HBO / HBO HD (Astro saluran 411 / 431) jam 9.30 malam ini (14 Januari).

Majlis anugerah pula akan disiarkan secara langsung dan eksklusif di HBO pada 29 Februari jam 9.30 pagi manakala ulangan pada hari sama jam 8 malam.

Ia juga disiarkan secara langsung di Astro On The Go.

Dihoskan Chris Rock yang pernah muncul dalam acara sama pada tahun 2005, Oscars ke-88 ini akan diadakan di Dolby Theatre® di Hollywood & Highland Center® di Hollywood.

Pada minggu sebelum malam anugerah ini, HBO memberi penghormatan kepada pemenang-pemenang lalu dengan tayangan filem-filem Oscars 2015 menerusi siaran pada setiap hari, jam 9 malam.

Del Toro dan Lee akan menamakan calon kategori Animated Feature Film, Sinematografi, Rekaan Kostum, Dokumentari, Dokumentari Subjek Pendek, Solekan dan Tatarias,  Lagu Asal, Filem Pendek Animasi, Filem Pendek Live Action, Suntingan Bunyi dan Mixing.

Krasinski dan Boone Isaacs pula akan mendedahkan pencalonan untuk Aktor dan Aktres Terbaik, Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki dan Wanita, Pengarahan Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, Filem Asing Terbaik, Skor Asal Terbaik, Filem Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Adaptasi Lakon Layar Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik.

image

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.