Elizabeth Tan Tampil Broadway

Pertama kali mendengar lagu Knock-Knock, ia pantas mencuri perhatian pendengar terhadap kemerduan suara penyanyinya, Elizabeth Tan.

Selepas muncul dengan single itu, artis dibawah label Faithful Music ini juga bertuah apabila terpilih sebagai finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 30 yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 24 Januari ini.

Baginya, penyertaan sulung dalam anugerah berprestij ini tidak dianggap persaingan tetapi satu kemenangan.

“Apa yang penting, saya mahu berikan persembahan terbaik,” katanya menerusi program bual bicara, Wanita Hari Ini (TV3), hari ini.

image

Menurutnya, dia cuba membawakan konsep persembahan seperti broadway untuk aksi di pentas final kali ini.

Akuinya yang menonton AJL sejak 2 tahun lalu, kemenangan dianggap bonus.

AJL kali ini yang meraikan penganjuran selama 3 dekad membawa tagline, Tiga Dekad Mencipta Fenomena.

Seramai 12 finalis berentap kali ini termasuk Akim The Majistret dengan lagu Potret, Black (Mana Mungkin), Bunkface (Malam Ini Kita Punya), Caliph Buskers (Hanya Namamu), Dayang Nurfaizah (Tak Pernah Menyerah), Drama Band (Biarkanlah), Faizal Tahir (Assalamualaikum), Hazama (Sampai Mati), Kaka Azraff & Aliff (Bukan Hal Aku), Noh Salleh (Angin Kencang) dan Stacy & Altimet (Not For Sale).

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*