Relaks Sambil Layan ‘Food Truck’

Sambutan tahun baru pada tengah malam kelmarin cukup meriah bersama ramai pengunjung di Menara Kuala Lumpur.

Menariknya, acara menantikan detik 12 tengah malam ini turut disertai pelancong dari luar negara.

Bagi memeriahkan lagi suasana, Menara Kuala Lumpur juga memberi ruang kepada peniaga trak makanan atau ‘food truck’ berniaga di sekitar kawasan tumpuan pelancong itu.

Sebanyak 16 ‘food truck’ mengambil bahagian sejak malam sambutan tahun baru (31 Disember lalu) sehingga esok (3 Januari 2016).

image

Senarai bisnes ‘food truck’ pada 31 Disember lalu adalah Foodies On Wheels (Instagram: @foodiesonwheels), PinkPizzaBera (@pinkpizzabera_foodtruck), Mytakoyaki (@mytakoyaki), westernjamz (@western_jamz_foodtruck), W&Co Food Truck (@wholesale.co), 2GoCoffeeKL (@2gocoffeekl), coffeeride (@coffeeride_silver.state) dan Rasa kebab (@rasakebab).

Tidak ketinggalan, pada 1 Januari pula disertai juice buzz (@juicebuzzkd), OTEA (@milkteaonwheels) dan WarongOnWheels (@warongonwheels.wow).

Nobers’ Hot Wings (@nobershotwings) dan Ayamas (Facebook: @AyamasRoasters) berniaga selama dua hari sejak 31 Disember lalu.

Memberi tarikan, beberapa ‘food truck’ juga berniaga selama 3 hari iaitu Rotiboy (@rotiboymy), Lori Milo (@lori_milo) dan softruck (@apik enterprise).

Bisnes ‘food truck’ ini beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*