Tengok Bunga Api 360 Darjah

Pastinya tengah malam ini menjadi acara yang ditunggu ramai untuk menyaksikan sambutan tahun baru 2016.

Sudah tentu, acara pertunjukkan bunga api menjadi aktiviti utama yang dinantikan orang ramai khususnya kanak-kanak.

Bagi mereka sama ada pasangan bercinta dan keluarga yang masih tercari lokasi sambutan tahun baru, anda boleh memilih Menara Kuala Lumpur sebagai pilihan terbaik merakam kenangan tahun baru.

Bagi pakej Pelantar Pemandangan, ia hanya RM78 untuk dewasa manakala kanak-kanak sebanyak RM63.

Pakej ini termasuk tiket ke Pelantar Pemandangan, percuma ‘Party Pack’ dan ‘Photo Souvenir’.

Memberi tarikan, tawaran istimewa untuk Pelantar Terbuka pula hanya RM208 termasuk tiket ke Pelantar Terbuka, bufet koktel, percuma ‘Party Pack’ dan ‘Photo
Souvenir’.

Pakej ini sah untuk dewasa iaitu 13 tahun ke atas sahaja.

Menerusi sambutan tahun baru kali ini, ‘New Year’s Eve 2016 Countdown Celebration’, pengunjung berpeluang menyaksikan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dari sudut 360 darjah dan pastinya terhibur melihat lebih daripada satu pertunjukan warna-warni bunga api.

Sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 03-2020 5444 atau layari
www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*