Ratu Rock Ajak Peminat Bersantai

Lagu Sembilu, Baldu Biru dan Layar Impian antara yang masih menjadi evergreen pada peminat Ella.

Sepanjang tiga dekad, Ella masih dirindui peminat yang mahu menyaksikan persembahan secara langsung.

Sepertimana single barunya, Istimewah, Ella juga akan memberikan sesuatu yang istimewa buat peminatnya menerusi satu persembahan pada 27 April 2016.

Kali ini Ella bersama penganjur utama, Ben Jawi Entertainment akan meraikan Minggu Setiausaha buat pertama kalinya di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur bermula jam 12.00 tengahari.

“Tidak pernah terlintas langsung difikiran Ella untuk beraksi di Minggu Setiausaha dan kini sampai masanya untuk Ella menyahut cabaran ini. Lebih istimewa, cabaran itu datang daripada suami Ella sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media.

image

Tambahnnya, dia menjanjikan persembahan yang disusun rapi dan eksklusif buat peminat khususnya setiausaha yang diraikan.

“Kawan-kawan rapat Ella juga ramai yang memujuk, menyokong dan memberi galakkan untuk membuat persembahan di minggu setiausaha ini.

“Ella juga berharap mendapat sokongan daripada orang ramai, peminat, dan juga syarikat-syarikat yang ingin turut serta memberikan hadiah kepada warga kerja terutamanya para setiausaha mereka,” katanya.

Ratu Rock Negara ini akan membawakan lagu-lagu hits dan juga pelbagai genre muzik selama dua jam dalam suasana santai dan intim sambil beramah mesra secara lebih dekat.

“Ella juga ada kejutan istimewa kerana akan menjemput beberapa artis lain untuk turut serta menjayakan Minggu Setiausaha ini.

“Ella mahukan sesuatu yang dapat meninggalkan impak tersendiri bukan hanya untuk diri sendiri malah juga untuk industri.

“Walaubagaimanapun, persiapan dan maklumat terperinci hanya dapat dikongsikan nanti, “ katanya.

image

Pernah mencipta nama dalam ‘Malaysia Book Of Records’ sebagai `Artis Wanita Pertama Yang Mempunyai Penjualan Album Terbanyak’ pada tahun 1998, Ella turut melakar sejarah menjadi satu-satunya artis Malaysia pertama merakam album penuh di Amerika Syarikat pada tahun 1992.

Buat peminat Ella, tiket persembahan Minggu Setiausaha ini dari RM400 sehingga RM800 akan mula dijual bermula Januari 2016.

Tiga jenis tiket yang dijual iaitu Platinum (RM400/seorang), Diamond (RM600/seorang) dan VIP (RM800/seorang) boleh ditempah secara individu atau kumpulan menerusi tempahan meja di talian +60 11 1633 4041. Harga yang tawarkan termasuk GST.

Selain itu, Ella juga membuka peluang kepada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu yang berminat untuk menaja persembahan ini.

“Pengurusan Ella ada menyediakan pakej-pakej istimewa untuk penaja-penaja berminat dan mereka boleh berurusan secara terus dengan pengurusan Ella untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej istimewa itu. Tiga pakej yang diperkenalkan iaitu pakej Emerald, Sapphire dan Topaz.,” katanya.

image image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*