Trio ‘Rappers’ Kembali

Aksi mereka bergaya dengan jaket hujan ketika panas terik dalam klip video muzik, Canggih, membuatkan peminat begitu teruja ketika itu.

Mungkin jika dibuat aksi yang sama pada zaman sekarang, kumpulan KRU dianggap gila tetapi mereka tetap legenda dalam industri muzik khususnya genre rap yang popular pada era 90-an.

Bagi peminat KRU, kemunculan semula trio beradik ini dengan single terbaru tetap dinantikan.

Begitu juga sejak penghujung bulan lalu, KRU sudah memberitahu hasrat mereka menghasilkan single terbaru berjudul, Hingga Ke Jannah.

Beberapa foto dimuat naik menerusi akaun KRU di Facebook mengenai di sebalik pembikinan rakaman lagu ini termasuk sesi fotografi yang dijalankan semalam.

Harap-harap gambar terbaru trio ini mengubat kerinduaan peminat mereka yang pastinya tidak sabar mendengar suara tiga jejaka ini. Apakah mereka masih mampu menyanyikan rap? Kita tunggu hasilnya.

image image image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*