20/01/2021

Isu 2 Kerja: Peminat Mahu Harith Jadi Menteri

1 min read

Isu kos sara hidup terus menjadi topik hangat ramai apatah lagi orang ramai disaran melakukan 2 kerja pada masa kini.

Nyata, kenyataan itu turut mendapat perhatian pelakon komedi, Harith Iskander yang menyatakan pandangan maksud melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa.

Menerusi statusnya di Facebook, Harith menyatakan dia bekerja sebagai pelawak, pengacara, penulis, pelakon, jurulatih dan pengarah tetapi tidak bermakna dia mempunyai 6 kerja.

Namun, dia melakukan 6 perkara berbeza dan jika 2 kerja pada satu masa bermakna jumlah waktu bekerja adalah 16 jam sehari.

Komen Harith itu juga mendapat reaksi pengguna Facebook lain yang memberi contoh nasib hidup mereka melakukan lebih daripada satu pekerjaan.

image image image image

– Kafebuzz.my

(Foto: Harith Iskander – Facebook)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *