25/01/2021

Aziz Desa Tiada Lagi…

1 min read

Cukup dikenali menerusi program televisyen popular, Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3, pengacara, Aziz Desa, 50, meninggal dunia kira-kira jam 10.50 pagi ini akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.

Menurut laporan Berita Harian (BH) hari ini, perkara itu disahkan adik kandungnya, Azri Desa, ketika dihubungi.

Aziz yang juga bekas wartawan BH pernah mendapat rawatan di Hospital Langkawi pada awal tahun ini.

Sementara itu, ramai kenalan dan peminat beliau menyampaikan salam takziah di akaun Facebook persoanaliti popular itu. Alfatihah.

image

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *