Masjid Sedekah Makanan Sempena Krismas

Sejak semalam sehingga awal tahun baru 2016, sebuah masjid di Birmingham Central bersedekah memberi makanan percuma kepada golongan gelandangan.

Aktivis, Kasim Choudry memberitahu i100.co.uk, masjid tersebut mempunyai program pemberian makanan secara berterusan.

Dijangka seramai 2,500 gelandangan termasuk mereka yang tinggal di penempatan sementara di kawasan itu menikmati rezeki itu meskipun Birmingham mencatatkan jumlah gelandangan yang tinggi.

Kebanyakkan gelandangan ini bergantung pada sumbangan yang dihulurkan.

Masjid berkenaan menjangkakan ratusan gelandangan hadir pada minggu ini dan 150 gelandangan hadir pada hari Natal untuk mendapatkan makanan percuma.

Sempena perayaan Krismas, masjid tersebut juga bekerjasama dengan Birmingham Soup Kitchen terdiri 10 sehingga 15 sukarelawan kariah masjid dan pelbagai organisasi termasuk gereja berdekatan membantu menguruskan sumbangan dan tajaan daripada bisnes tempatan di situ.

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*