Last Updated: 04/07/2020 - 12:53 AM

Cage Pulangkan Tengkorak Tyrannosaurus

Aktor Hollywood, Nicolas Cage sanggup menyerahkan tengkorak dinosaur yang dibeli pada harga AS$276,000 kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk dipulangkan kepada kerajaan Mongolia.

Satu tuntutan dibuat pejabat peguam AS di Manhattan pada minggu lalu agar tengkorak Tyrannosaurus dihantar ke Mongolia, seperti dilaporkan Reuters.

Namun, tuntutan itu tidak secara spesifik menyebut Cage sebagai pemilik artifak zaman purba itu tetapi jurucakap publisiti pelakon itu mengesahkan aktor itu membeli tengkorak itu pada Mac 2007 di Galeri Beverly Hills, I.M. Chait.

Pelakon filem National Treasure itu tidak dituduh atas kesalahan tetapi pihak berkuasa mengatakan aktor itu setuju sukarela untuk memulangkannya selepas mengetahui akibatnya.

Laporan NBC News juga menyebut Jabatan Keselamatan Awam memaklumkan pada aktor itu kemungkinan tengkorak itu dicuri meskipun dia turut mempunyai sijil pemilik daripada galeri berkenaan.

– Kafebuzz

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino