Cenderamata Star Wars Jadikan Lucas Billionaire

Ketika ini, filem yang paling kecoh dan menjadi fenomena di seluruh dunia sudah tentunya, Star Wars: The Force Awakens.

Ia memang suatu yang dijangka apabila sejak filem ini ditayangkan kelmarin, ramai peminat sanggup bersengkang mata ke pawagam untuk menjadi penonton terawal.

Di sebalik kejayaan sekuel kali ini dilaporkan mencatat jualan AS$130 juta (RM557.17 juta), apa yang paling mengujakan peminat sebenarnya adalah mendapatkan koleksi cenderamata filem itu.

Lihat saja cenderamata seperti baju T, kostum, ‘keychain’, mainan sehingga kasut, semuanya mengenai filem hebat ini dijual di mana saja termasuk restoran makanan segera.

Filem francais Star Wars sebelum ini mencatat perolehan melebihi AS$32 bilion dalam tempoh 38 tahun, seperti dilaporkan Vox.

Begitu juga, sekuel kali ini juga dijangka meraih keuntungan lebih besar termasuk sasaran jualan cendermata yang tertumpu di pusat membeli belah.

Ketika filem pertama ini ditayangkan pada tahun 1977, penciptanya, George Lucas menjangkakan kutipan filem ini hanya berdasarkan jumlah penonton di pawagam tetapi sebenarnya keuntungan diperoleh daripada jualan cenderamata sehingga menjadikannya kaya sebagai seorang bilionaire.

Pada awal tahun 1970-an, Lucas adalah pengarah muda yang hanya mempunyai 2 filem tetapi sebaik produksi 20th Century Fox mengambil Star Wars, dia bersetuju menerima bayaran sebanyak AS$350,000 untuk kerja pengarahan termasuk hak cenderamata dan sekuelnya.

– Kafebuzz.my

(Foto: AP)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*