100 Artis Berkumpul Jayakan KL Art Street

Lebih 100 artis dijangka hadir berkumpul menjayakan acara KL Art Street merangkumi persembahan muzik dan acara seni lain termasuk pameran dan jualan.

Timbalan Presiden, Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Radhi Khalid berkata, pihaknya berbangga dengan kerjasama JV Transformasi Sdn Bhd sebagai penganjur acara ini.

Mengambil lokasi strategik di Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur, acara ini termasuk pasar lambak ‘Pop Up’ akan dibuka bermula 24 Disember ini.

Malaysia Land Sdn Bhd (Mayland) menjadi penaja lokasi acara berkenaan dan kedua aktiviti itu akan diteruskan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 4 petang sehingga 2 pagi.

Bagi artis yang ingin berniaga di gerai dalam acara ini, bayaran hanya dikenakan RM100.

image image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*