Syabas PPIM Selamatkan Pengguna!

Berapa ramai pembeli pernah diperdaya atau diugut peniaga telefon bimbit?

Terbaru, satu kes membabitkan seorang lelaki yang dikurung selama 4 jam selepas enggan membayar RM10,000 untuk 4 telefon bimbit.

Mangsa mendakwa peniaga berkenaan menjual 4 telefon bimbit yang mahu dibelinya pada harga RM200 setiap satu sebelum terkejut menerima bil dan dipaksa membayar jumlah berbeza.

Mangsa membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tetapi tiada sebarang tindakan diambil, seperti dilaporkan Utusan Online.

Namun, laporannya kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhasil apabila organisasi pengguna itu bertindak melakukan serbuan di Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur, semalam.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata, wujud rangkaian yang dijalankan peniaga berkenaan di kompleks tersebut yang melakukan penipuan terhadap pembeli.

Serbuan itu mendapati banyak kedai menjual telefon bimbit tiruan pada harga mahal.

“Sebanyak RM11,900 berjaya dituntut semula daripada beberapa pemilik premis perniagaan ber­kenaan dengan melibatkan tujuh mangsa.

“Saya mengharapkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjalankan pemantauan dengan lebih rapi supaya kes-kes penipuan seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*