Baca NovelPlus Di Tapak Tangan

Berubah mengikut perkembangan terkini, orang ramai lebih mudah membaca apa saja bahan berita dan maklumat menerusi telefon pintar.

Terbaru, satu aplikasi dikenali NovelPlus (Novel +) memberi ruang lebih besar pada peminat novel membaca pelbagai novel kegemaran mereka hanya di tapak tangan.

Pengurus Besar, NovelPlus, Crystal Lai berkata, aplikasi berkenaan sudah mempunyai 17,000 pengguna bukan saja di Malaysia tetapi Indonesia, Hong Kong, Brunei, Singapura, Pakistan, Australia dan Amerika Syarikat.

“Buat masa ini, sebanyak 500 novel terdapat di NovelPlus dengan pelbagai genre.

“Kami juga mempunyai lebih 250 penulis amatur terdiri penulis tempatan termasuk Indonesia dan Brunei,” katanya pada majlis pelancaran NovelPlus di Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Applikasi berkenaan boleh dimuat naik di AppStore dan Android.

image

– Kafebuzz.my

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*