Aktor Popular Gemar Naik ‘LRT’

Cuba teka siapakah pelakon popular yang tidak memilih berpakaian mewah, tiada pengawal peribadi, tiada rumah agam dan lebih gemar menggunakan keretapi dalam bandar atau ‘subway’ untuk ke mana-mana.

Malah, apa yang membuatkan perasaan peminatnya tersentuh apabila dia sanggup menghulurkan 70 peratus pendapatan daripada filem pecah panggungnya untuk merawat penyakit kanser adiknya.

Itulah realiti sejarah hidup yang dilalui aktor kacak, Keanu Reeves.

Berkongsi kisah silamnya di Facebook, hero filem trilogi The Matrix ini tidak berselindung untuk memberitahu pada peminat mengenai dugaan dan cabaran hidup yang pernah ditempuhnya.

Meskipun berstatus artis tersohor di Hollywood, dia lebih gemar menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Nampaknya jika peminat Malaysia terserempak dengan aktor ini di dalam LRT, apa agaknya akan berlaku?

image

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*