Last Updated: 29/11/2019 - 11:31 PM

Buskers Timba Ilmu Bersama Pakar

Usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) sejak tahun 2006 memperkenalkan permit untuk pemuzik jalanan atau lebih dikenali buskers memberikan masa depan pada golongan itu untuk terus bermain muzik dan mencari rezeki.

Pengurus Besar KARYAWAN, Ahmad Abdullah berkata, kesedaran buskers memohon permit untuk membuat persembahan semakin meningkat termasuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Bagi meneruskan usaha ini, penganjuran Bengkel Pemantapan Seniman Jalanan diteruskan buat tahun kedua.

“Program ini penting untuk buskers tahu garis panduan membuat persembahan dan mengikui kelas muzik bersama mereka yang berpengalaman seperti Fauzi Marzuki, Jay Jay, Man Bai, Tom Anuar dan pelukis, Amron Omar,” katanya kepada Kafebuzz ketika ditemui di Dewan Komuniti, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, bengkel selama tiga hari sejak semalam menggabungkan pelbagai seni muzik, badut, melukis dan penari.

“Sesiapa yang mahu permit busking atau memperbaharui permit wajib datang kursus ini,” katanya.

Tambahnya, sambutan yang diterima daripada peserta kali ini juga sangat menggalakkan.

Seramai 300 peserta hadir pada acara yang bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.

“Matlamat program ini adalah menaik taraf penghibur jalanan dan menerangkan garis panduan dan memberi tunjuk ajar pada mereka agar lebih sistematik dalam persembahan.

“Malah, peserta juga berpeluang timba ilmu bersama pelbagai individu berpengalaman termasuk Helmi The Gimmick dan Sani Sudin,” katanya.

Fauzi berkata, berkongsi pengalaman dalam bengkel ini sebagai teguran untuk menambah persembahan menjadi lebih baik.

“Main muzik cuma ada dua iaitu sedap atau tidak. Apa jua matlamat kita adalah memainkan lagu yang sedap dan sesuatu mungkin berlaku selepas itu sama ada diambil sebagai artis atau sebagainya,” katanya.

image

image

image

image

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino