Nana Sapu RM105,000

Penyanyi Siti Nordiana atau Nana muncul sebagai juara program realiti popular Astro, Gegar Vaganza musim kedua yang berakhir, malam tadi.

Nana membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai RM100,000 bersama percutian ke Madrid, Spanyol.

Sebelum itu, Nana juga diumumkan pemenang Persembahan Pilihan Penonton bersama wang tunai RM5,000.

Ini bermakna, Nana sapu hadiah kemenangan berjumlah RM105,000.

Farahdhiya sebagai naibĀ juara dengan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.

Tempat ketiga dimenangi Ezad Lazim membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.

Penyanyi Nassier Wahab di tempat keempat, Acong (kelima) dan Haiza (keenam).

Empat juri mengadili persembahan kesemua peserta iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim manakala juri jemputan, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*