20/01/2021

Kanak-Kanak Kanada Nyanyi Nasyid Sambut Pelarian Syria [video]

1 min read

Ia dianggap suatu yang biasa apabila sekumpulan kanak-kanak menyanyi lagu nasyid.

Namun, apa yang menjadi luar biasa apabila kanak-kanak beragama Kristian, Yahudi, Buddha dan Ateis bersama rakan mereka beragama Islam bersama mengalunkan lagu nasyid ‘Tala’ al-Badru ‘Alayna’.

Merujuk satu video yang dimuat di YouTube menyaksikan sekumpulan kanak-kanak di Ottawa, Kanada.

Difahamkan, rakaman video yang dimuat naik 11 Disember lalu menyambut kedatangan 163 pelarian Syria ke negara itu ditonton 824,620 pengguna laman sosial itu.

Laporan berita.mediacorp.sg menyebut Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau yang menyambut pelarian berkenaan secara peribadi di lapangan terbang Kanada menyatakan 10,000 pelarian Syria akan diberikan perlindungan di negara itu menjelang akhir tahun ini.

Seramai 15,000 pelarian lagi dijangka tiba menjelang akhir Februari dan ia adalah janji pemerintah negara itu menerima 25,000 pelarian Syria.

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *