Bisnes ‘Food Truck’ Lebih Bersih

Mungkin tidak ramai yang tahu, bisnes menerusi trak atau lebih dikenali ‘Food Truck’ lebih bersih daripada aspek penyediaan.

Pengusaha Food Truck Kita, Syahril A Kadir berkata, pengunjung dapat melihat sendiri sesuatu bisnes itu beroperasi dan menilai sendiri tahap kebersihan.

“Bisnes Food Truck ini bukan perkara baru tetapi ini juga adalah usaha menjadikan bandaraya bersih dengan menggalakkan bisnes secara food truck.

“Pertama, ia bersih dan tidak perlu bayar mahal untuk kos sewa kedai tetapi masih berdepan cabaran ruang bisnes kecil dan lokasi.

“Apa yang penting, apabila makanan sedap, orang ramai tetap datang,” katanya kepada Kafebuzz ketika ditemui di lokasi perniagaannya di parkir pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kuala Lumpur.

Katanya, ruang bisnes yang terhad juga mencetuskan kreativiti pada peniaga untuk menguruskan bisnes dengan teratur.

Syahril yang juga bekas Penolong Pengarang Meja Jenayah, Utusan Malaysia memuji keprihatinan SSM menerusi Koperasi SSM dalam membantu usahawan berniaga seperti food truck.

Katanya, bisnes bersama beberapa orang rakan ini menjual pelbagai jenis lauk pauk untuk juadah tengah hari manakala paling istimewa, nasi briyani ayam pada harga patut iaitu RM10 dan nasi briyani kambing RM12.

image

image

image

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*