Pasha Kekal Bersama Ungu Jika Menang

Vokalis band popular Ungu, Pasha akan terus bersama kumpulan muziknya itu jika dia menang jawatan Timbalan Datuk Bandar di Palu, Sulawesi Utara.

Perkara itu disahkan pengurus band itu, Rudi Wanandar yang memberi jaminan vokalis itu kekal bersama band itu selepas ini.

Pada 9 Disember lalu, keputusan awal undi menyaksikan calon Datuk Bandar, Hidayat dan Pasha mewakili Partai Amanat Nasional (PAN) mendahului dengan 37.85 peratus.

“Dia akan bersama Ungu dan melakukan pelbagai sumbangan. Ia mungkin menulis lagu atau apa saja.

“Ungu adalah jenama. Ada banyak bisnes unit yang akan dibangunkan pada masa hadapan,” kata Rudi kepada¬†tribunnews.com, baru-baru ini.

– Kafebuzz.my

(Foto: Kapanlagi.com)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*