MPB Perkukuh Fokus CEO, COO

Konglomerat media terbesar di negara ini, Media Prima Berhad (MPB) mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Ahmad Izham Omar kini fokus pada pembangunan Bahagian Kandungan Kumpulan, Primeworks Studios (PWS).

Beliau sebelum ini menjawat dua tanggungjawab CEO di MPTN dan PWS sejak tahun 2011.

Sementara itu, Seelan Paul yang juga Ketua Pegawai Operasi (COO), MPTN memberi sepenuh tumpuan pada Rangkaian Radio Media Prima (MPRN).

Ketika ini, Seelan memegang dua jawatan iaitu CEO, MPRN dan COO, MPTN sejak tahun 2013.

Dalam satu kenyataan pada 8 Disember lalu, MPB juga mengumumkan Datuk Kamal Khalid yang sebelum ini sebagai COO, Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan sejak tahun 2009 dilantik menjadi CEO, MPTN bermula 1 Januari 2016.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*