Ukulele Bantu Gelandangan

Mungkin ia situasi yang pelik apabila melihat kebanyakan golongan gelandangan bermain ukulele.

Namun, itu adalah impian pemuzik Cecilia Brandolini yang mahu alat muzik itu dimainkan golongan gelandangan di Sydney.

Pemuzik itu yang juga finalis program TV popular, The Voice, melancarkan kempen GoFundMe bertujuan membeli lebih banyak ukulele untuk diberikan kepada golongan gelandangan di sana.

Plan gadis berusia 18 tahun ini sebenarnya mahu mengajar golongan berkenaan cara bermain alat muzik itu agar mereka boleh busking.

Katanya, dia yang berkunjung ke Sydney sebulan sekali meluangkan masa bersama kekasihnya menyatakan situasi peminta sedekah meminta duit daripadanya meninggalkan kesan pada dirinya.

“Saya lihat orang ramai sekadar lalu lalang tanpa mempedulikan mereka dan saya mahu membuat sesuatu mengenainya,” katanya.

Katanya, usaha terbaik membantu golongan gelandangan adalah menerusi kemahirannya bermain muzik.

“Saya tidak mempunyai duit untuk membantu mereka tetapi saya boleh bermain muzik.

“Ukulele murah untuk dibeli dan ia sebenarnya instrumen pertama yang saya pernah main,” katanya seperti dilaporkan ABC News.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*