Jadi Rockers Bukan Hanya Pakai Jeans Koyak- Papa Rock

Bagi mereka yang meminati lagu popular seperti Bukan Kerana Nama, Istilah Bercinta, Doa Buat Kekasih dan Teratai, ia pasti mengingatkan pendengar terhadap kehebatan vokal penyanyinya, Datuk Ramli Sarip.

Lebih empat dekad pembabitannya dalam bidang nyanyian, beliau masih kekal relevan dalam industri muzik tempatan dan digeruni penyanyi generasi baru untuk mencabar vokalnya.

Namun, mengenali lebih dekat penyanyi gelaran Papa Rock ini, beliau adalah individu yang banyak berfalsafah ketika menyanyi mahupun bersembang.

Elemen ketuhanan dan kemanusiaan dalam kehidupan sering menjadi pilihannya dalam berkarya.

Begitu juga, pengalaman seninya sering ditagih bakat baru termasuk 12 peserta yang bertanding dalam program realiti, Rockers Pentas Panas di HyppTV saluran HyppSensasi (116).

Katanya, tanggungjawab dipikul sebagai pengetua program ini bukan mahu mengajar peserta tetapi lebih suka berkongsi pengalaman seni yang dilalui.

“Secara keseluruhan, apa yang mereka belajar bukan saja soal muzik tetapi kehidupan.

“Perasaan, pasrah, doa dan semua itu adalah kehidupan,” katanya secara eksklusif kepada Kafebuzz ketika ditemui di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, menjadi rockers yang sebenar bukan hanya memakai seluarĀ jeans koyak atau mempunyai suara tinggi tetapi sikap menjadi penghibur perlu lebih diberi perhatian.

Dalam program ini, beliau diberi tanggungjawab dalam memberi lagu kepada peserta mengikut tema pada setiap episod dan peserta juga berdepan proses penyingkiran.

– Kafebuzz.my

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*