Selebriti Jutawan Internet Kongsi Teknik 9:1

Ramai yang berniaga di Internet tetapi masih ramai tidak tahu teknik atau strategi betul menguasai pelanggan berpotensi di alam maya.

Atas faktor itu, jutawan Internet terkenal, Irfan Khairi berkongsi teknik Facebook berkesan iaitu 9:1 bertujuan mendapat sasaran pelanggan sebenar.

Menurutnya, teknik kebanyakan pengguna media sosial mengejar jumlah ‘followers’ yang banyak agar bisnes mereka laku adalah salah tanpa meletakkan sasaran tepat.

“Apa guna kita ada 1,000 ‘followers’ tapi sasaran pasaran salah.

“Begitu juga, tidak tentu mereka yang mempunyai 10,000 ‘followers’ mempunyai sasaran pelanggan bisnes yang sebenar,” katanya pada peserta Seminar Mastery Online Business anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Kuala Lumpur, hari ini.

image

Pelakon filem Kapsul arahan Allahyarham Martias Ali ini menambah, mereka yang menjalankan bisnes di Internet dan media sosial perlu memuat naik status di Facebook sebanyak 9 kali mengenai maklumat berkaitan bisnes yang dijalankannya.

“Kongsikan maklumat yang berkaitan tentang industri bisnes yang anda ceburi tetapi cuma sekali mempromosi produk anda.

“Pada zaman sekarang, orang yang menjalankan bisnes perlu berkongsi informasi bersama ‘followers’ jika mahu mereka baca,” katanya.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*