Berguru Bersama Mentor @ MaGIC

Masih ramai yang tidak tahu kewujudan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) bertindak membantu usahawan untuk berjaya.

Program MaGIC Acceleration Program (MAP) antara platform yang menyediakan mentor terdiri usahawan berjaya untuk mengajar dan berkongsi panduan berniaga pada usahawan lain.

“Kami percaya setiap perniagaan interaksi tidak sama,” kata wakil MaGIC, Syahrul pada Seminar Mastery Online Business di Kuala Lumpur, hari ini.

Dilancarkan pada 27 April 2014, program MaGIC mengenal pasti enam peringkat bisnes iaitu ‘discover’ jangkaan masa antara 2 sehingga 5 bulan, validate (3-12 bulan), pembangunan produk (3-7 bulan), efficiency (6-9 bulan), growth (12-20 bulan) dan matang.

“Kita jual apa orang nak beli bukan apa yang kita suka,” katanya.

Panduan buat usahawan, MaGIC Central menyediakan platform untuk usahawan berinteraksi secara terus mengajukan sebarang pertanyaan.

“Ramai usahawan buang masa apabila pergi ke sesuatu tempat untuk mendapatkan geran tetapi gagal,” katanya.

Program e@stanford pula memberi ruang kepada latihan intensif di Universiti Stanford, Amerika Syarikat.

Maklumat lanjut boleh layari www.mymagic.my.

image image image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*