6 Otai Layak, 1 Gigit Jari

Penyanyi Siti Nordiana (Nana) diumumkan peserta pertama layak ke final program Gegar Vaganza yang akan menyampaikan lagu Putus Terpaksa nyanyian Zaina Zain.

Lagu popular Heavy Machine berjudul Gelombang Cinta pula diberikan pada Nassier Wahab turut ke final.

Peserta ketiga yang layak adalah Ezad Lazim diberi cabaran menyanyikan lagu Nur Nilam Sari (Awie & Search), diikuti Acong (Seruan – Lefthanded), Haiza (Puisi Cinta – Ilusi) dan Farahdhiya (Janji Manismu – Aishah).

Pengumuman enam peserta ke final bermakna penyanyi Azian Mazwan Safwan menjadi peserta terakhir tersingkir.

Saingan Separuh Akhir program pertandingan nyanyian penyanyi otai ini pada malam tadi menyaksikan tujuh peserta berentap.

Nana menjadi peserta paling menyerlah apabila mendapat pujian pengkritik tetap, Datuk Ramli MS yang menilai lagu Mengapa nyanyian asal, Nicky Astria sangat susah tetapi berjaya menyampainya dengan terbaik.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*