4 Vokalis Jantan Cari Protege

Pencarian bakat baru seni suara menerusi program realiti TV lebih mudah dicungkil dibandingkan pertandingan nyanyian lain yang kurang dari aspek komersial.

Begitu juga, program realiti Mentor yang sinonim diterbitkan TV3 pada setiap tahun kembali lagi dengan musim baru.

Kali ini, program yang diperkenalkan sejak tahun 2005 menampilkan 4 penyanyi lelaki sebagai mentor iaitu Black, Azlan, Akim dan Hazama.

Musim terbaru dikenali Mentor Milenia memberi fokus pada pencarian bakat baru berusia  dari 17 sehingga 21 tahun yang bermatlmat mengasah mereka menjadi penghibur yang berjaya dan mampu menempa nama di persada seni.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi protege kepada mentor ini, boleh cuba nasib pada sesi uji bakat bersama Hazama (13 Disember), Azlan (19 Disember), Akim (20 Disember) dan Black (26 Disember).

Kesemua uji bakat diadakan di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Panduan buat bakal peserta, kriteria  yang dicari Hazama adalah boleh menyanyi dalam pelbagai genre dan versatil.

Azlan pula mencari protege yang mempunyai suara mantap, kesungguhan yang tinggi, mental dan fizikal yang kuat.

Akim memilih protege yang mempunyai karaktor suara tersendiri dan berpenampilan baik manakala kriteria tidak kacak asal bergaya, faktor suara adalah pertama, muka nombor dua serta sentiasa bersedia dalam semua segi terutama lagu boleh menjadi protege Black.

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*