Kundur & Bongkok Paling Menyerlah

Kisah seorang gadis didera ibu tiri sehingga diperdaya makan ikan tembakul jelmaaan ibunya cukup popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

Pernah diangkat ke layar perak, kisah yang sama turut diterjemahkan ke pentas teater, Bawang Putih Bawang Merah di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.

Bagi peminat, kisah yang sama masih tetap mahu ditonton jika ada elemen segar dari aspek penyampaian.

Begitu juga, pementasan kali ini lebih fokus pada watak Kundur, ibu kepada Putih yang dengki terhadap Labu yang meninggal dunia selepas ditolak Kundur ke dalam sungai.

Kundur lakonan Fauziah Ahmad Daud (Ogy) cukup terkesan pada penonton dengan aksi garangnya pada Merah dan paling mencuit hati penonton ketika dia bergaduh dengan Labu lakonan adik Ogy, Fazlina.

image

Jarang penonton melihat dua beradik ‘bergusti’ atas pentas teater dan aksi mereka itu juga mendapat tepukan dan sorakan penonton.

Dalam kisah drama pastinya tidak lengkap tanpa elemen cinta.

Kehadiran watak Bongkok yang memendam perasaan cinta pada Merah dijayakan pelakon Beto Khusairy dengan baik.

Klimaks pementasan sudah tentu pertemuan Sultan meminang Merah selepas terpikat dengan kemerduan suara gadis itu ketika bermain buai.

Nyata, gandingan pelakon yang menjayakan pementasan ini khusus pendukung utama, Fathia Latif sebagai Merah cukup menjiwai karakter dengan banyak adegan air mata.

Setiap pelakon berjaya membawa karakter masing-masing termasuk Juliana Evans (Putih), Syarul Ridzuan (Sultan), Dafi (Panglima Kecik) dan Ungku Ismail (Datuk Bendahara).

Selain lakonan, aspek props seperti adegan Kundur menikam ikan kaloi jelmaan labu juga menghiburkan penonton.

Bagi penonton khususnya pencinta kisah Melayu klasik, jangan lepaskan menonton teater arahan Eirma Fatima ini.

image image image image image image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*