Apabila Penulis Skrip ‘Dirogol’ Stesen TV & Penerbit Novel

Nasib penulis skrip yang sering diperlakukan berat sebelah terhadap isu hak cipta dalam kontrak sudah sekian lama berlaku.

Sama ada produser mahupun stesen TV yang harus dipersalahkan apabila penulis skrip tiada lagi hak ke atas karya mereka selepas kontrak ditandatangani, situasi ini bertambah parah apabila karya mereka kini dijadikan novel.

Jika sebelum ini produser dan stesen TV berlumba mencari novel untuk diterjemahkan ke layar kaca tetapi kali ini taktik mereka terbalik apabila novel dihasilkan berdasarkan drama dan telefilem yang disiarkan.

Luahan nasib penulis skrip sebegini dikongsi salah seorang penulis skrip, Eenaz Mokhtar di Facebook – Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS) yang mahu jalan penyelesaian terbaik diambil sama ada berhenti adaptasi drama ke novel atau bawa berbincang dengan penulis skrip sendiri.

Persoalannya, apakah luahan ini menjadi agenda penting perjuangan persatuan hiburan sedia ada atau sekadar sembang kedai kopi. Kita lihat persatuan mana yang benar jujur dalam perjuangan ini.

Bak kata Eenaz, penulis skrip dirogol stesen TV dan penerbit novel.

image image image image image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*