Last Updated: 01/07/2020 - 7:40 PM

Aksi Kylie Jenner Dikecam Peminat

Mungkin ia dianggap kreatif dan unik apabila menggabungkan artis dengan kerusi roda untuk fotografi sebuah majalah.

Ya, memang kerusi roda digunakan sebagai props bersama selebriti remaja popular Hollywood, Kylie Jenner.

Aksi penyanyi berusia 18 tahun itu dipaparkan dengan pakaian seksi duduk di atas kerusi roda warna emas.

Majalah Interview mempertahankan tindakan mereka menggunakan kerusi roda sebagai props.

“Di Interview, kami berbangga menampilkan tradisi bekerja dengan artis hebat dan memberi ruang pada mereka tampil berani dan berbeza,” katanya kepada E! News seperti dilaporkan Huffpost.

Pihak majalah itu juga menyatakan niat mereka agar pembaca memikirkan imej dan ekspresi kreatif termasuk kerusi roda berkenaan serta bukan menyinggung sesiapa.

Bagaimanapun, komen pengguna Twitter pula berpandangan sebaliknya.

image image image

– Kafebuzz.my

(Foto: Kylie Jenner – Instagram)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino