Last Updated: 09/06/2018 - 6:07 PM

Bantulah Bayi Ini

Seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang dilahirkan pramatang memerlukan bantuan untuk membiayai rawatan penyakit paru-paru.

Nur Uzma Hanani Hasrolnizam dari Kampung Sempang Pantai, Merlimau dikesan menghidap peparu kronik ketika berusia tujuh bulan dalam kandungan.

Bapanya Hasrolnizam Haron, 28, berkata, anak pertamanya itu memerlukan suntikan Palivizumab berharga RM4,000 setiap suntikan dan memerlukan sebanyak lima kali suntikan bagi mencegah jangkitan kuman dalam paru-paru.

“Uzma perlu disuntik sekali sebulan untuk lima bulan dan suntikan ini diperlukan segera. Namun kos rawatan itu amat mahal yang di luar kemampuan keluarga kami,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Pembela Barisan Nasional Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau berkata, anaknya terpaksa ditempatkan dalam inkubator di Hospital Muar, Johor selama tiga bulan selepas dilahirkan disebabkan masalah pernafasan dan juga peparu yang lemah.

Hasrolnizam berkata, anaknya dilahirkan pramatang di Hospital Muar pada 1 Ogos lepas dengan berat 0.65 kilogram.

Beliau berkata, selain penyakit paru-paru kronik, anaknya juga menghidap penyakit jantung berlubang dan saraf mata.

“Uzma juga telah menjalani pembedahan saraf mata baru-baru ini disebabkan kelahiran pramatangnya di Hospital Muar,” katanya.

Menurut beliau anaknya itu perlu menjalani pemeriksaan lanjut dua minggu sekali bagi memastikan pernafasan dan juga keadaan kesihatan anaknya itu stabil.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga itu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank milik Hasrolnizam Haron (154026795992) atau menghubunginya di talian 012-2986414.

– Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino