Papa Rock & Sifu Gegar Esplanade

Mendengar lagu Teratai, Kamelia dan Bukan Kerna Nama pasti membuai perasaan terhadap kehebatan vokal Datuk Ramli Sarip.

Lagu beliau bukan sekadar menghiburkan tetapi sarat dengan mesej mendalam untuk dikongsi bersama pendengar.

Jika orang lain menyanyikan lagu beliau, penghayatannya tidak sama. Itu keistimewaan dan aura penyanyi digelar Papa Rock ini.

Buat peminat, julung kalinya beliau akan kembali dalam satu persembahan istimewa bersama Datuk M Nasir di Esplanade, Singapura pada 1 Januari 2016.

Biarpun masih ada sebulan sebelum persembahan yang dikenali Ramli & Nasir: Brotherhood in Music, tiket sudah hampir habis terjual dan hanya tinggal 5 peratus saja lagi tiket yang ada.

Bagi peminat yang berminat untuk tonton boleh membeli tiket di www.esplanade.com.

Bagi peminat di Malaysia, Papa Rock juga akan mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada Februari tahun depan.

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*