Last Updated: 15/07/2019 - 5:44 PM

Sekuel XX-Ray Kembali

Masih ingatkah anda dengan filem sains fiksyen XX-Ray 2?

Tarikh 25 November 1995, pengarah Aziz M Osman membawa kita mengembara ke era Kesultanan Melayu Melaka menerusi filem sains fiksyen XX-Ray 2.

Sedar tidak sedar sudah 20 tahun filem yang diingati sebagai back to the future ini berlalu.

Aziz M Osman sendiri memegang watak utama bersama pelakon lain iaitu Lydiawati, Aleeza Kassim, Datuk Jalaludin Hassan dan ramai lagi.

Agak-agak ada reunion untuk filem ini tidak?

Menurut Aziz, dia tidak menyangka penerimaan filem XX-Ray 2 diluar jangkaan.

Katanya lagi dia telah dicabar oleh seseorang untuk membuat filem bergenre seperti XX-Ray 2.

Setelah 20 tahun berlalu Aziz sedang sibuk di set penggambaran untuk XX-Ray 3! Tidak sabar mahu melihat hasilnya.

Penggambaraan tersebut sedang berlangsung di Johor Baharu.

Aziz mengetengahkan pelakon masa kini selari dengan zaman sekarang. Izzue Islam memegang watak utama untuk XX-Ray 3.

Aziz menaruh harapan yang tinggi agar filem ini diterima ramai.

Namun begitu dia juga risau kerana harapan yang diberikan oleh orang ramai sangat tinggi.

Tetapi dia tetap berharap dapat memberi kepuasan kepada mereka yang menonton kelak.

– Sinar FM/Astro Awani

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino