6 Band Rebut Raja Band

Pertandingan Raja Band Kuala Lumpur yang masuk tahun keempat penganjuran berjaya tarik perhatian 400 band mencuba nasib menjadi juara.

Bermatlamat mencari band terbaik di ibu kota, acara anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Persatuan Karyawan Malaysia ini juga mengetengah bakat baru selain menjadi hiburan pada pengunjung.

Bermula sebanyak enam peringkat saringan sejak 31 Oktober lalu, separuh akhir pada 21 November lalu pula menyaksikan 12 band berentap.

Namun, hanya 6 band akan bersaingan di final pada 29 November ini di Dataran Merdeka (berhadapan Panggung Bandaraya) bermula jam 8.30 malam.

Bagi juara digelar Raja Band Kuala Lumpur bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Memberi tarikan, pertandingan ini membawa konsep mentor bersama protege iaitu berkongsi pengalaman bersama pemuzik profesional.

Enam band yang layak ke final adalah King Primo bersama mentor, Monologue, SKY MC (Edrie Hashim), Three A.M (Aidit Alfian), Iron Man (Tam Spider), 7Days Theory Logic (Genervie Kam) dan Floor 88 (Orang Utan Production).

image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*