100 Gitaris Berkampung

Sejak dibuka hampir sebulan lalu, sambutan pengunjung terhadap acara yang diadakan di Sarang Art Hub (SAH) cukup menggalakkan.

Menjadi platform penggiat seni pelbagai latar belakang seperti filem, muzik dan seni lukis bertemu, lokasi yang terletak di Rumah Rehat Tanjung Malim, Perak juga manarik perhatianĀ golongan belia untuk berhibur.

Pelbagai aktiviti diadakan dari masa ke semasa.

Begitu juga, hari ini (21 November) menjadi hari istimewa apabila 100 pemain gitar berkumpul mencipta rekod mengadakan persembahan gitaris terbesar yang pernah diadakan di negara ini.

SAH yang diinpirasikan pengarah filem terkenal, Mamat Khalid menjadi realiti bukan saja membuka ruang penggiat seni berkumpul tetapi serius sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagi peminat seni dan orang ramai khusus di kawasan sekitar Tanjung Malim, jangan lepaskan peluang turun padang berhibur sambil menyokong usaha murni ini.

Acara bersama 100 gitarisĀ diketuai Rosli Mohalim bermula jam 12 tengah hari sehingga 4 petang ini dijayakan bersama Fakulti Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*