Malaysia Hab Permainan Video Asia Tenggara

Malaysia mempunyai potensi besar sebagai hab permainan video di Asia Tenggara dengan majoriti syarikat tempatan yang terbabit dalam industri ini sebanyak 61 peratus.

Pengarah Bahagian Kreatif Multimedia, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Hasnul Hadi Samsudin berkata, Asia Tenggara menjadi rantau penting untuk eksport dan permainan video yang dihasilkan syarikat tempatan dapat menyatukan rantau lain menerusi persamaan kebudayaan dan bahasa.

Menariknya, MDeC menganjurkan acara Level UP KL 2015 yang menjadi salah satu persidangan permainan video di Kuala Lumpur yang berlangsung pada 18 sehingga 19 November lalu.

Bermatlamat membawa pertemuan antara pemain tempatan dan antarabangsa dalam industri permainan video, acara ini juga mendidik serta berkongsi pengetahuan dalam pelbagai aspek pembangunan perniagaan dan pemasaran.

Acara selama dua hari itu diadakan sempena penganjuran ASEAN Entrepreneurship Summit yang berjaya menarik penyertaan 350 peserta dari dalam dan luar negara.

Antaranya yang hadir, Michael Mumbauer dari Sony Computer Entertainment America, Grayson Chalmers (Blizzard Entertainment), Wan Hazmer (Square Enix) dan Tommy Palmer (Candy Crush).

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*