Last Updated: 04/07/2020 - 12:53 AM

Jennifer Lalui Pengalaman Ranjang Menakutkan

Aktres popular Hollywood, Jennifer Lawrence mengakui adegan seks yang dijayakannya bersama aktor Chris Pratt sebagai pengalaman yang menakutkan.

Jennifer yang baru selesai acara jelajah promosi filem The Hunger Games: Mockingjay — Part 2 kini sibuk di lokasi filem barunya, Passengers bersama Pratt.

Ketika sesi interview bersama The Hollywood Reporter baru-baru ini, pelakon berusia 25 tahun ini mengakui dia melakonkan adegan ranjang bersama suami Anna Faris itu.

“Saya melalui adegan seks sebenar yang pertama beberapa minggu lalu dan ia adalah pengalaman yang menakutkan,” katanya seperti dilaporkan Popsugar.

Akuinya, pengalaman melakonkan adegan itu suatu yang paling besar yang pernah dilakukannya seperti pelakon lain yang melakonkan adegan sama.

Bagi menghayati adegan itu sebaiknya, dia memastikan dirinya dalam keadaan benar-benar mabuk.

“Ia sebenarnya memberikan lebih kebimbangan apabila saya pulang ke rumah, saya terfikir apa yang sudah saya lakukan dan saya tidak tahu.

“Ia adalah pengalaman pertama saya bercium dengan lelaki yang sudah berkahwin dan rasa bersalah memberi perasaan yang sangat teruk,” katanya.

– Kafebuzz.my

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino