Ahli PRISM Bhd Belum Dapat Royalti?

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) mendakwa Performers and Artistes Rights (M) Bhd (PRISM Bhd) tidak pernah mengadakan pengagihan royalti kepada artis yang mendaftar dengan badan itu meskipun sudah hampir tiga tahun menjalankan aktiviti kutipan royalti.

“Kami telah menerima beberapa aduan daripada ahli KARYAWAN yang mendaftar dengan PRISM Bhd tetapi sehingga sekarang belum dapat apa-apa royalti lagi.

“Jika dibandingkan dengan satu lagi badan lain dengan tujuan sama iaitu Recording Performers Malaysia (RPM) berjaya mengadakan dua sesi pengagihan dalam tahun ini sahaja, ia begitu jelas bahawa RPM menjalankan tugas lebih sempurna dan mementingkan hak ahli melalui kutipan dan pengagihan royalti,” kata Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez dalam satu kenyataan.

Menurutnya, RPM juga telah maklumkan secara terbuka kepada ahli dan media bahawa mereka berjaya mengutip lebih daripada RM3 juta untuk pengagihan kepada ahli sehingga sekarang.

“Kepada PRISM Bhd, kami masih menunggu berita mengenai jumlah kutipan royalti yang mereka peroleh dalam tempoh tiga tahun selepas penubuhannya.

“Ini sudah menjadi satu perkara yang membimbangkan kepada artis yang telah berdaftar dengan PRISM Bhd.

“Bukan itu sahaja, jika kita melihat cara pengagihan royalti RPM ia berdasarkan kepada penggunaan muzik dan bukan mengikut jumlah album seperti yang dilakukan oleh sebuah lagi badan lain yang pernah membuat kutipan berdasarkan royalti artis.

“Semua ini menunujukkan dengan jelas bahawa RPM adalah sebuah badan yang dijalankan dengan professional dan sempurna dengan mengutamakan kerja-kerja untuk menjaga hak artis yang telah mendaftar dengan mereka,” katanya.

Tambahnya, beliau berharap pihak pengurusan PRISM Bhd mengambil tindakan segera memberitahu artis yang mendaftar dengan mereka mengenai jumlah kutipan royalti terkini dan terus mengadakan majlis pengagihan royalti mengikut wang yang dikutip sepanjang tiga tahun lepas.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*