16/01/2021

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Cik Piah Menghitung Hari

1 min read

Penyampai popular stesen Sinar FM, Feeya Iskandar kini menghitung hari bahagia pada 5 Disember nanti.

Berkongsi berita gembira, Feeya yang lebih mesra dikenali Cik Piah akan melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan seorang ahli perniagaan.

Menurut Cik Piah, perancangan mereka hanya mahu menjalankan acara merisik tetapi diteruskan majlis bertunang bersama pelamin.

“Majlis itu nanti diuruskan Sanggul event dan klweddingministry yang menjayakan majlis Cik Piah ini.

“Namun, kami bertunang pun tak lama sebab nikah nanti pada Mei tahun depan,” katanya kepada Kafebuzz selepas mengundang kad jemputan eksklusifnya hari ini.

Apapun, tahniah buat Cik Piah yang berkongsi kegembiraannya bersama peminatnya di stesen radio nombor satu negara itu.

image

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.