04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

[Eksklusif] Penulis Skrip Enggan Pergi Kelas Skrip

1 min read

Sejak dilancarkan pada April lalu, pusat pembangunan skrip dikenali Content Malaysia Pitching Centre (CMPC) yang beroperasi di Platinum Sentral, Kuala Lumpur dijangka memberi kelebihan pada produser dan penulis skrip untuk mencuba nasib menghantar karya mereka untuk diterbitkan.

Namun, selepas tujuh bulan beroperasi persoalan yang timbul apakah CMPC benar-benar digunakan sepenuhnya karyawan filem tempatan atau wujud masalah lain yang menyebabkan ianya wujud sekadar gah pada nama.

Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Kamil Othman berkata, CMPC terbuka pada sesiapa saja untuk menghantar karya mereka menerusi proses ‘pitching’.

“Mereka yang menghantar kertas cadangan dan terpilih skripnya akan dihantar ke kelas skrip tetapi wujud masalah, mereka tak nak ke kelas skrip tetapi hanya mahu terus membuat filem,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Kafebuzz di FINAS, Ulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, sehingga kini sambutan yang diterima daripada produser mahupun penulis skrip yang menghantar karya masing-masing cukup baik.

“Daripada 409 kertas cadangan yang diterima, sebanyak 35 sudah diluluskan.

“Sama ada penulis skrip, produser juga boleh melakukan proses pitching,” katanya.

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.