Awas! Klon Hashim Buru Gadis

Media sosial pada masa kini menjadi medium paling efektif untuk berhubung antara satu sama lain tidak kira jarak berjuta batu.

Namun, sebagai selebriti juga sering menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan.

Pengarah filem, Hashim Rejab antara yang menjadi mangsa apabila namanya digunakan bertujuan memerangkap mangsa.

Pengarah filem popular Sekali Lagi… terbitan produksi MIG ini menyatakan statusnya di Facebook mengenai kewujudan akaun palsu yang menyamar dirinya.

Malah, apa yang lebih mengejutkan klonnya itu yang mempunyai 49,000 pengikut di akaun Instagram itu bertindak merekrut gadis-gadis yang teruja mahu jadi pelakon.

Jadi, awas gadis sekalian. Jangan jadi mangsa pada klon pengarah ini.

image

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*