Kongsi Pengorbanan Ibu

Laungan suara Datuk Jamal Abdillah ketika mendendangkan lagu Kasihnya Ibu membuatkan hati penonton terusik.

Siapa yang boleh menyangkal kehebatan suara Raja Pop itu tetapi apa yang lebih penting adalah mesej lagu itu membawa kisah pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.

Betapa besar dan mendalam pengorbanan seorang ibu, begitu juga luahan Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali AlHabsyee atau Abib mendedikasikan kisah ibunya, Halimah menerusi buku biografi, Rahsia Hidup Ibu Halimah & Ceritaku Abib.

Menurut Abib yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara, buku berkenaan dihasilkan untuk memberi inspirasi dan pengajaran pada pembaca khusus pada golongan muda untuk berjaya.

“Sejak saya berusia 9 tahun didera, dipukul dan diterajang tetapi itu semua ujian Alllah.

“Manusia tidak mempunyai kasih sayang sebenar dalam hidup.

“Saya berpegang pada tiga perkara iaitu kesabaran, pengorbanan dan dosa.

“Namun, saya tidak membenci mereka tetapi kesabaran membuatkan saya berjaya dan saya bekorban serta sayang pada ibu,” katanya ketika majlis pelancaran buku berkenaan di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, hari ini.

image

Katanya, setiap manusia tidak boleh lari daripada kesilapan tetapi kita boleh mengubah jangan menjadi indah sesama manusia tetapi mulia di sisi Allah.

“Buku ini menjadi contoh pada mereka tengok apa yang saya lalui, mahu manusia lebih terbuka untuk berjaya dan jangan putus asa,” katanya.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*