25/01/2021

1,074 Laman Lucah Disekat

1 min read

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 1,074 laman sesawang pornografi yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut badan itu, lapan daripada 10 laman sesawang lucah popular berjaya disekat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, sebanyak 106 lagi laman sesawang akan disekat atas kesalahan yang sama.

“Ia penting pada SKMM untuk mengambil tindakan sebagaimana ini adalah punca kepada masalah sosial di negara ini,” katanya seperti dilaporkan The Star.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar memberi maklumat mengenai laman sesawang yang didapati menyebar kandungan tidak bermoral.

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *