Afdlin Kongsi Nasib Pelarian Syria

Melihat sendiri keperitan hidup yang dilalui orang lain pasti memberi suatu pengalaman yang sangat berharga.

Begitu juga pengalaman yang ditempuh pengarah filem terkenal, Afdlin Shauki yang mengikuti program misi kemanusiaan Muslim Care Malaysia ke Syria ketika ini.

Menerusi perkongsian gambar di Instagramnya sejak dua hari lalu, Afdlin bersama rakannya, Aziz M Osman turut membantu mengagih barang sumbangan kepada pelarian di Kem Pelarian Syria Dafina di Mafraq.

Dalam status itu, Afdlin menyatakan di kem tersebut terdapat 85 keluarga yang hidup serba kekurangan dan atas faktor status sebagai pelarian, mereka tidak dibenarkan bekerja di Jordan dan hanya bergantung pada bantuan yang diterima.

Di kesempatan itu, Aziz juga merakam video situasi di sana dan Afdlin menyatakan penghargaan pada Petronas dan Maybank bersama menyalurkan sumbangan pada pelarian Syria.

Apa yang diharapkan, moga perkongsian ini mengajak rakyat Malaysia bersama membantu.

image

image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*