FINAS Akan Perkenal Kontrak Kerja Baru Pekerja Industri Hiburan

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan memperkenalkan satu kontrak kerja baru pada tahun hadapan dalam membela nasib penggiat seni ketika bekerja.

Ketua Pengarahnya, Datuk Kamil Othman berkata, pertemuan bersama 14 persatuan hiburan yang diadakan baru-baru ini turut membincangkan perkara berkenaan.

“Saya panggil mereka untuk beritahu kontrak produksi iklan TV yang diperkenalkan sebelum ini di mana FINAS setuju wujudnya kontrak tetapi bukan soal terma di dalamnya kerana ia adalah atas perbincangan antara produser sebagai majikan dan pekerja,” katanya dalam pertemuan eksklusif bersama Kafebuzz di FINAS, Ulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

image

Menurutnya, tujuan kontrak perlu diperkenalkan agar penggiat seni tahu hak dan undang-undang sebagai pekerja dan majikan.

“Ia mungkin dianggap budaya baru memfokuskan pada kontrak kerja.

“Apa yang penting, penggiat seni tidak boleh lagi dieksploitasikan mana-mana pihak dan dilayan seperti kuli.

“Kontrak sebegini kena buat tetapi dalam kontrak perlu dimasukkan terma standard industri dan dalam aspek ini, yang mengendalikan perkara ini adalah persatuan,” katanya.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*