Apabila Kak Senah & Maya Muncul…

Filem genre komedi sentiasa mempunyai tarikan pada penonton.

Terbaru, filem Ada Apa Dekat Bus Stop akan menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.

Membawa genre komedi paranormal, ia mengisahkan tiga pemuda yang menjadi sahabat apabila cuba merungkaikan misteri yang berlaku di pondok bas di kampung mereka.

Semenjak pondok bas lama kampung itu dipinggirkan, ia menjadi tempat aktiviti negatif dan songsang.

Namun, ‘kehadiran’ hantu Kak Senah mengubah keadaan di situ.

Apa yang membuatkan situasi bertambah misteri apabila seorang gadis bernama Maya muncul pada satu malam dan menaiki bas yang dipandu Abam.

Apakah kesudahannya, saksikan filem yang dibintangi Myo Oh Chentaku (OCK) sebagai Myo, Abam Bocey (Abam), Leez Rosli (Maya), Chot @ Erwan (Chot), Airis Yasmin (Kak Senah), Tauke Jambu (Tuan Tabib), Zaibo (Pak Leman) dan Kazar Saisi (Pak Pa’at).

Diarahkan Ikhzal Azfarel Ideris, filem ini akan ditayangkan pada 19 November ini.

image image image image image image image image image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*