25/01/2021

Kafebuzz Lapor Realiti Dunia Hiburan

2 min read

Salam Kafebuzz semua!

Alhamdulilllah, sudah 2 bulan portal hiburan komprehensif, Kafebuzz menemui pembaca di seluruh dunia.

Memang benar, kehebatan teknologi maklumat (IT) termasuk telefon pintar sangat pantas apabila pembaca di mana saja di pelusuk dunia boleh akses berita dengan mudah hanya di telefon pintar.

Kafebuzz berbangga apabila wujud sebagai portal hiburan dan bukan blog yang bermatlamat memperjuangkan industri hiburan tanah air.

Sebagai pengamal media profesional selama 12 tahun, saya melihat liputan berita hiburan di arus perdana seperti akhbar sukar memberi liputan menyeluruh terhadap isu yang dibangkitkan penggiat seni.

Jadi, inilah peluang yang ditunggu-tunggu penggiat seni sama ada produser, pengarah, pelakon, penulis skrip mahupun kru produksi termasuk komposer, penyanyi dan sesiapa saja orang seni dialukan tampil menyuarakan masalah dan isu mereka!

Begitu juga, sepanjang 2 bulan Kafebuzz beroperasi secara rasmi, pelbagai isu ‘panas’ disiarkan tanpa bersikap menyebelahi mana-mana pihak atau bersifat mencari keuntungan.

Mungkin ada yang tidak tahu berita hiburan lebih sekadar gosip artis bercinta, berkahwin, bercerai mahupun cerita positif semata-mata.

Kafebuzz bersikap terbuka untuk kedua pihak tampil memberi kenyataan terhadap isu yang dibangkitkan.

Penggiat seni yang profesional sepatutnya lebih bijak menangani sesuatu isu seperti memberi kenyataan pada media agar ia menunjukkan kredibiliti mereka sebagai pemimpin yang dihormati dan bukannya berlagak dengan kedudukan yang ada sehingga menunjukkan ego yang tidak ke mana.

Mengapa pembaca perlu memilih portal sebagai bahan bacaan?

Seperti Kafebuzz sendiri, ia berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bermakna ia bukan portal cap ayam atau sekadar syok sendiri seorang blogger.

Seperti kisah sate, ia memang sedap dimakan tetapi kita akan terasa sakit apabila tercucuk lidinya.

Pesanan buat semua penggiat seni, anda boleh sampaikan pandangan, masalah dan juga cadangan pada Kafebuzz menerusi emel – admin@kafebuzz.my.

Buat pembaca sekalian, penghargaan tidak terhingga atas sokongan yang diberikan selama ini. Terima kasih!

Apapun, Kafebuzz mempersembahkan realiti dunia hiburan! Semoga terhibur.

– Elrafaei Sapi

(Pengasas/CEO/Editor-in-chief Kafebuzz, bekas Editor portal Malaysian Digest, bekas wartawan berita dan hiburan Harian Metro & Kosmo!)

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *